TIPS Kekal Cergas Bertenaga Di Bulan Ramadhan

happy-family-healthy-tips-sihat

Bismillahirrahmanirrahim..tak lama lagi kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya menanti ketibaan bulan mulia ini. Semoga kita semua berpeluang untuk beramal dan memanfaatkan bulan Ramadhan yang bakal tiba ini..InsyaAllah.

Berpuasa merupakan ibadah yang sangat bagus untuk kita. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga berpuasa juga dapat melatih diri kita dari melakukan apa sahaja yang dapat membatalkan puasa. Malah tubuh badan juga akan mendapat manfaat daripada berpuasa. Hari ini Aku Kisah ingin berkongsi Tips Kekal Cergas Dan Bertenaga Di Bulan Ramadhan. 

1. Ambil makanan TINGGI SERAT

Semasa bersahur ambil makanan yang mengandungi tinggi serat. Makanan yang tinggi serat dapat membantu kita cepat kenyang dan bertahan lebih lama sepanjang berpuasa. Antara makanan yang mengandungi sumber serat terbaik adalah seperti:

  • Sayur-Sayuran : Bayam, Lobak, Kentang, labu..
  • Buah-Buahan: Epal, Pear, Pisang, Berries..
  • Kekacang: Almond, Pistachio, Kacang Tanah..
  • Gandum: Roti, Pasta, Bijirin..

2. Makan LEMAK SIHAT / MONOUNSATURATED FATTY ACIDS (MUFA)

Makan lemak sihat kerana lemak sihat dapat menyediakan tenaga untuk badan. Antara lemak sihat yang boleh diambil adalah seperti buah Avocado, Kekacang, Minyak Zaitun..

Kalau nak lagi bagus, boleh amalkan Olivie 30X sebelum sahur dan selepas berbuka sebagai tambahan pembekal tenaga segera dan berpanjangan.

olivie30X-minyak zaitun-olive house

3. Ambil makanan berPROTEIN

Makan makanan protein seperti ikan, ayam, telur dan tauhu juga sangat penting kerana ia membuatkan badan menjadi lebih banyak tenaga. Kekurangan pengambilan protein boleh membuat badan lemah dan lesu.

4. Minum AIR Secukupnya

Dehidrasi semasa berpuasa sering berlaku dan menyebabkan badan jadi cepat lesu dan letih. Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi adalah  sangat penting. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari di antara waktu berbuka sehingga waktu sahur. Cadangan yang boleh diambil:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

5. Elakkan minuman BERKAFEIN & BERKARBONAT

Mengambil minuman yang berkafein dan berkarbonat akan menyebabkan badan  mengeluarkan cecair dari tubuh dengan kerap melalui air kencing dan badan akan kekurangan air dengan cepat. Seeloknya gantilah minuman tersebut dengan minum Air Nabeez. Berikut adalah resepi Air Nabeez Kurma:

  • Ambil beberapa biji kurma (seeloknya bilangan ganjil). Carik-carikkan kurma dan buang bijinya.
  • Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
  • Sahur esok air tu dah boleh diminum dan kurmanya boleh dimakan begitu sahaja.
  • Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
  • Kurma yang elok digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma Ajwa. Kalau tak ada, kurma lain juga boleh digunakan.
Tips Kekal Cergas Dan Bertenaga Di Bulan Ramadhan
Kurma Ajwa / Kurma Nabi

 

6. Seimbangkan KANDUNGAN NUTRIENT yang diambil

Apa yang paling penting adalah seimbangkan semua nutrient yang diambil. Jangan terlebih sangat, jangan terkurang sangat. Bersederhana dalam pengambilan makanan seharian adalah lebih baik untuk kesihatan tubuh badan.

Diharapnya Tips Kekal Cergas Dan Bertenaga Di Bulan Ramadhan yang Aku Kisah kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda semua berpuasa secara optimum dan badan kekal cergas bertenaga sepanjang hari. Semoga semasa kedatangan bulan ramadhan yang bakal tiba ini kita semua dapat mempersiapkan diri segi mental dan fizikal agar dapat merebut peluang untuk beribadah dengan lebih banyak memandangkan pahalanya berlipat kali ganda. InsyaAllah!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge