Resepi CHOCOLATE CAKE with cherry + cream cheese filling

Chocolate Cake

 

Chocolate cake cream cheese

Di saat-saat isu mencari bobo di mana, straw dan doktor laksa bertebaran di medso, saya angkat cerita2 ringan sahaja untuk relekskan diri. Cerita memasak…apa lagi.

Akhirnya jumpa balik resepi kek ni. Maaf yang bertanya sudah sekian lama. Baru ku jumpa semula resepinya. Kak midah try membaking masa di Glasgow. Balik Malaysia tak pernah buat lagi. Masa yang terhad dan kesenangan ‘kek tuding jari’ menjadikan cerita-ceriti dulu tinggal simpanan.

Bukan apa kat sana terasa jer nak masak berlari la si Usamah atau Syakir ke ‘lidl’ (shopmart) membeli bahan2nya, jarak tak sampai 10 meter. Susu fresh £1, cheese £1.50, cream cheese lagi …….

Kalau kat sini barang2 tu biasanya saya ambil letak, ambil letak (bila tenguk harga2nya) lepas tu tak jadi beli. Kalau beli pun simpan dalam peti ais , tau2 dah expired.
:

Resepi kek ini menjadi resepi asas untuk buat kek2 yang lain. Insha Allah, kau orang dah boleh buat kek ini, maka pembuatan kek lain akan mudah.

Maaf saya bukan pakar kek.

Kek ini saya buat 3 layer dan dilapisi oleh cheeries+ whipping cream filing dan cream cheese filing. Memang berlemak. So sesiapa yang nak kurangkan lemak boleh kurangkan filingnya atau pelbagaikan lagi.

CHOCOLATE CAKE with cherry + cream cheese filling

Chocolate CakeBahan Kek Coklat
******************
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 sudu kecil soda bikarbonat(resepi asal 1 1/2 soda, biasanya saya kurang drp resepi asal coz kek yg mengandungi lebih soda akan menggurangkan kesedapan rasa kek)
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur
2 sudu kecil vanila
1/2 cawan buttermilk-(1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam

 

1.Cara2 buat kek choclate
****************************
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang dan sapu butter di sekelilingnya.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanila.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
*kek masak sekiranya tiada lapisan kek melekat pada lidi yang dicucuk pada kek
Sejukkan kek

2.Filing cheeri/blueberries
*************************
Syrup cheeri/blueberry dlm botol/tin
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula kastor
Cerries/Blueberries dalam tin di toskan, asingkan air dan buahnya
Airnya di campurkan dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung jagung dan masak atas api yang perlahan hingga sedikit pekat
Kemudian biarkan syrup cherries/blueberries ni betul-betul sejuk

3. Kek yang dah sejuk dipotong layer. Lapisan atas sekali boleh dibuat lapisan utk cheese kek. (kena tutor lain la yek)

4. Sapukan permukaan layer kek dgn air ceeries yang telah disejukkan menggunakan brush

5. Buatkan Lapisan whipping cream
**********************************
150ml whipping cream
2 sudu besar madu
Pukul Whipping cream + madu hingga kaku

6. Sapukan whipping cream atas lapisan kek yang pertama

7. Letakkan buah ceri dan tekan sedikit ke dalam cream

8. Letakkan lapisan layer kek yang ke 2 di atasnya

9. Buatkan Lapisan Cream Cheese
*******************************
150gm Philadelphia cream cheese
70gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila
1 sudu kecil jus lemon
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje,
tambahkan gula aising dan jus lemon.

10. Cream cheese yang telah siap hendaklah disapu pada layer kek yang seterusnya

11. Tunggu cheese menggeras atau sekiranya cream cheese sedikit cairsimpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit

12. Buatkan Chocolate Ganache
*****************************
150ml double cream/ whipping cream
150gm dark Choc + 150gm plain choc (cincang halus/patah2kan)
sedikit garam
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh vanila
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan

13.Tuangkan ganache coklat atasnya. Hiaskan kek mengikut kreativiti. Kek bolehla disimpan hingga ganache mengeras
Dah boleh makan

:

kak midah
Nak buat kek tak semestinya kena jadi chef

 

Link posting fb : Nor Hamidah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge