Radikal bebas adalah punca utama tekanan oksidatif (Oxidative stress)

Tekanan Oxidatif

Kesan radikal bebas boleh menyebabkan masalah jantung

Kajian medik dan saintifik telah menunjukkan bahawa radikal bebas adalah punca utama tekanan oksidatif (Oxidative stress).  Menurut Lester Packer (PhD) iaitu penulis buku “The Antioxidant Miracle”; “Penyelidik  mempercayai bahwa radikal bebas merupakan faktor penyebab terhadap hampir setiap penyakit yang kita temui, dari penyakit jantung hingga arthritis, kanser dan katarak. Menurut Lester lagi, radikal bebas merupakan penyebab utama dari proses aging (penuaan) itu sendiri’.

Justeru itu untuk lebih faham tajuk ini,  kita kena tahu dulu apa itu radikal bebas? kemudian apa itu tekanan oksidatif.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.  Tambahan pula, apabila bertindakbalas dengan molekul-molekul lain, ia mampu merebak dan memulakan tindakbalas rantaian yang boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada sel tersebut. Radikal bebas terhasil dari tindakbalas metabolisme tubuh dengan faktor luaran seperti asap rokok, asap industri, kenderaan; juga terdedahnya tubuh pada pancaran sinar matahari, radiasi, pencemaran udara, bahan kimia industri, tindakbalas kimia dalam makanan dan minuman dan  bahan pencemaran lain.

Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan radikal bebas ini. Walaubagaimana pun apabila jumlah radikal  terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk meneutralkannya akan semakin berkurang. Misalnya aktiviti merokok adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat radikal bebas ke dalam tubuh. Tubuh manusia  apabila menerima masukan asap rokok, akan berusaha untuk mengeluarkan  racun kimia ini dari tubuh melalui proses metabolisme, tetapi proses metabolisme ini pun sebenarnya menghasilkan radikal bebas. Hakikatnya kegiatan merokok sama sekali tidak berguna untuk tubuh, walaupun dapat ditemui perokok yang panjang usianya.

Apabila terlalu banyak radikal bebas dihasilkan, satu ketegangan oksidatif berlaku. Sistem-sistem enzim dan agen-agen antioksida dalam sel tidak mampu menahan penghasilan yang melampau ini, lalu radikal bebas ini akan mengakibatkan kerosakan sel yang mungkin boleh dipulihkan, apabila sel tersebut kembali ke keadaan biasa, dan mungkin juga tidak boleh dipulihkan lalu menjurus kepada kematian sel melalui apoptosis atau nekrosis.

Hakikatnya yang kita perlu tahu dan sedar; saat tubuh kita mencerna makanan, saat kita bernafas dan saat emosi stress, radikal bebas turut terhasil.

 Tekanan Oxidatif

Apa itu tekanan oksidatif ? 

 

Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneuteralkannya. Penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksidatif ini bersifat kronik.  Ia menyebabkan kerosakan sel yang menjurus kepada masalah kardiovaskular, yang dalam keadaan tertentu ia merupakan juga salah satu punca penuaan sel dan faktor penggalak kanser.

Tekanan oksidatif kini dikaitkan dengan beratus masalah patologi manusia (seperti fibroplasia retrolenticolare, aterosklerosis, tekanan darah tinggi, Parkinson, Alzheimer, diabetes insipidus, radang usus besar, atritis reumatoid, favisma, dan sebagainya).

Tekanan oksidatif dapat dicegah dan dikurangi dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh.

Kesan-kesan negatif radikal-radikal bebas boleh dilawan secara berkesan dengan polifenol, agen antioksida semulajadi yang terkandung dalam minyak zaitun.

Polifenol menentang tekanan oksidatif

Polifenol adalah satu kumpulan yang terdiri dari lebih kurang 5,000 molekul organik yang terdapat secara meluas dalam alam tumbuhan. Seperti namanya, polifenol disifatkan oleh kewujudan berbagai kumpulan fenol yang berhubung dalam struktur yang agak rumit, yang biasanya mempunyai berat molekul yang tinggi. Polifenol adalah agen antioksida semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan (unsur-unsur surih polifenol jenis bioflavonoid seperti procyanidin, proanthocyanidins, leucoanthocyanidins, pycnogenols, tannins, dan sebagainya). Ia berguna dalam menghalang pengoksidaan lipoprotein dan untuk menyambar radikal-radikal bebas.

Untuk Manfaat kesihatan, kandungan Polifenol yang tinggi ini boleh  melindungi Tisu Lemak daripada berlakunya Tekanan Oksidatif. Dalam erti kata lain, Pati Minyak Zaitun  melindungi daripada berlakunya pengumpulan lemak dan penyumbatan pada salur darah arteri serta berlakunya keradangan. Kini ada satu company di Morocco yang berpengalaman dalam penanaman zaitun iaitu Atlas Olive Oils sarl , Casablanca – Morocco ; menggunakan gabungan pengalaman dan kajian gunaan  bersama untuk menghasilkan satu projek bersepadu atas tujuan mengembangkan potensi-potensi besar sifat-sifat buah zaitun.

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge