Puasa Dan Kekal “Fit” Semasa Bulan Ramadan

ramadan-tips-sihat

 

Sepanjang bulan Ramadan, selain daripada ibadat dan kebimbangan bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri secara rohani, ramai diantara kita yang sibuk dengan aktiviti memasak dan menyediakan persiapan untuk berbuka puasa selama 30 hari berturut-turut. Semasa berbuka pula, ramai yang menyediakan makanan yang mewah dan tidak berkhasiat tanpa memikirkan bagaimana ia akan memberi kesan kepada mereka di kemudian hari.

Dalam artikel hari ini,  Aku Kisah  akan membincangkan tentang cara mengubah gaya hidup sihat sepanjang Ramadhan dan kekal “Fit” semasa berpuasa.

Ramadhan diharapnya bukanlah menjadi pesta makanan  tetapi menjadi salah satu tempoh yang digunakan sebaiknya bagi mendapatkan kecergasan dan berat badan yang ideal, InsyaAllah!

Mengutamakan ibadah, bukan memasak

tips-ramadan-sihat

Ramai diantara kita melihat Ramadan sebagai bulan untuk menyediakan makanan yang terbaik, kerana beranggapan apabila telah menahan diri berpuasa disiang hari jadi perlu diberi ganjaran dengan menu berbuka yang luar biasa. Ganjaran kepada diri tidak salah tetapi jangan berlebihan. Lebihkan memberi tumpuan kepada meningkatkan diri secara rohani.

Ramadan adalah satu peluang setahun sekali untuk menghapus dosa-dosa kita, mengubah gaya hidup kita dan mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, adalah lebih baik jika kita terus berada di landasan yang betul serta menjaga tabiat dan perbuatan kita sepanjang ramadhan. Betulkan niat masing-masing berpuasa adalah demi Allah SWT.

Tahu kepentingan pemakanan yang betul

ayam-goreng-makanan-kesihatan

Sebahagian dari kita mempunyai jadual yang berbeza semasa Ramadan, sama ada disebabkan oleh kerja atau sekolah. Bagi yang tidak boleh berjaga sepanjang malam, tidur dan cara pengambilan makanan yang betul adalah sangat penting untuk membolehkan kita berpuasa pada keesokan harinya.

Rutin pemakanan dan tabiat semasa berpuasa berubah dan kadang-kadang kita menyedari hakikat bahawa boleh berlakunya penambahan berat badan. Kita tidak mempunyai masa untuk bersenam malah kita juga tidak memberi tumpuan cara pemakanan yang sihat. Ada pula diantara kita yang menganggap pengambilan makanan berminyak semasa bulan ramadhan akan memberi tenga sepanjang hari berpuasa.

Tanggapan sebegitu adalah kurang tepat kerana makan makanan yang berminyak berat akan membuatkan badan lebih cepat berasa penat lebih-lebih lagi apabila berdiri untuk mengerjakan solat. Carilah makanan yang betul dan baik untuk tubuh badan.

Apakah makanan yang betul?

sayur-buah-makanan-sihat

Makanan betul yang boleh diambil adalah seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang kerana makanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat. Simpanlah peti sejuk kita dengan makanan yang berkhasiat dan bukannya  makanan berlemak, bergoreng dan makanan ringan.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.

Bagaimana puasa meningkatkan kesihatan dan kecergasan?

exercise-tubuh-sihat

Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk menitikberatkan kecergasan fizikal kita disamping memantapkan rohani untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Puasa mempunyai banyak manfaat dari segi fisiologi serta menyokong penurunan berat badan dengan memberi peluang untuk menilai semula makanan kita supaya lebih menjaga gaya pemakanan secara sihat dan betul.

Berikut adalah hadis Nabi saw mengenai tabiat makan yang sihat:

Tidaklah anak Adam memenuhi tempat yg lebih buruk daripada perutnya, ukuran bagi (perut) anak Adam adalah beberapa suapan yg hanya dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika jiwanya menguasai dirinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum & sepertiga untuk bernafas. [HR. IbnuMajah 3340].

Kawalan cara pembahagian makan telah dicadangkan sejak bertahun-tahun dahulu lagi oleh Nabi saw. Jika kita benar-benar mengikuti nasihat dan saranan yang diberikan oleh Nabi saw semestinya kita tidak akan  makan tanpa berfikir dan mengisi perut kita dengan penuh yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan, malas dan lesu.

Menurunkan berat badan dengan puasa

kurus-turun-berat-sihat

Puasa boleh menjadi cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan kerana banyak kajian telah menunjukkan bahawa puasa dalam tempoh yang sekejap atau beberapa set jam membolehkan badan untuk membakar sel-sel lemak dengan lebih berkesan daripada sekadar diet biasa.

Jadi, selepas seharian berpuasa, ianya akan menjadi lebih berkesan jika kita bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, dengan tumpuan khusus kepada kardio. Lemak akan lebih banyak terbakar semasa berpuasa berbanding hari tidak berpuasa, kerana puasa sekejap membolehkan tubuh untuk menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utamanya, bukan gula.

Puasa adalah detox semulajadi

x-semulajadi-kurus-sihat

Perasan tak pada bulan Ramadan badan kita berasa lebih rileks? Ia adalah kerana puasa memberikan sistem pencernaan kita rehat, dan hal ini boleh meningkatkan tenaga metabolisme kita untuk membakar melalui kalori dengan lebih cekap. Jika sistem penghadaman kita teruk, ia boleh menjejaskan keupayaan badan untuk memetabolismekan makanan dan membakar lemak.

Puasa boleh mengawal pencernaan dan menggalakkan fungsi usus yang sihat, sekali gus meningkatkan fungsi metabolisme. Tidak makan apa-apa hanya satu hari membantu badan membersihkan toksin dan mengawal  fungsi organ-organ badan yang lain termasuk hati dan buah pinggang.

Walaupun puasa mempunyai banyak faedah yang telah dinyatakan secara saintifik, ia bukanlah penyelesaian utama kepada penurunan berat badan kerana semasa berpuasa badan akan kehilangan air dengan cepat bukan penurunan berat badan yang banyak.  Puasa sebenarnya adalah salah satu perkara yang membantu proses untuk memulakan menurunkan berat badan.

Aku Kisah berharap kita semua dapat mengambil kesempatan untuk meningkatkan diri secara rohani, memulakan gaya hidup yang lebih cergas dan mendapat pelbagai manfaat kepada kesihatan melalui bulan ramadan ini.

#SalamRamadan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge