Pengalaman Musafir ke US

Merantau ke US

Merantau ke US

Kadang-kadang keajaiban datang dalam hidup kita dan pernah berlaku kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah.
.
Ketika itu kami bermusafir di bumi Uncle Sam, Texas. Menetap di sana bersama anak sulung dan kedua (masih dalam pantang hari ke 37 ). Syakir masa itu berusia 1 tahun 4 bulan dan Usamah 37 hari. Terbayang 3 hari lagi untuk kami pulang ke Malaysia. Kalau tak silap semua team musafir kami telah pulang ke Malaysia. Tinggal kami berempat sahaja lagi. Sambil mengurus dan melayan ke 2 anak, saya me’packing’ barang. Cik suami demam panas yang tinggi, terbaring dan tidak boleh bangun dari katil. Texas ketika itu berada dalam musim sejuk. Musim sejuk di bumi Texas adalah sedingin angin mencengkam tulang. Tiada snow yang turun di kawasan itu.
.
Keadaan itu berlanjutan sehinggalah hari terakhir di bumi ‘koboi’ ini. Pagi hari tersebut, cik suami masih tidak dapat bangun dan keadaan rumah bersepah2 belum dikemas. Hanya sebahagian barang sempat diletakkan dalam beg besar. Saya memasak sarapan pagi seperti biasa. Pergerakkan menjadi perlahan sebab tidak tahu apa yang patut saya buat. 2 jam lagi flight Mas akan berlepas ke Malaysia. Tiba2 ada suara dan ketukkan pintu. Rupanya Khiswar dan Syakir datang dengan niat untuk menghantar kami ke airport. Tiada janji pun sebelum ini. Baru saya teringat, Khiswar ada menyatakan hajatnya tempohari. Khiswar dan Syakir merupakan pasangan suami isteri Pakistan yang telah menetap di US. Kami pernah bertemu di masjid ketika solat berjemaah. Pernah berbual2. Seterusnya hubungan diteruskan melalui telefon sahaja.
.

Merantau ke luar negara

 

Mereka terkejut melihat keadaan kami, dan cepat2 membantu mengemas barang dan menghantar kami ke airport. Tapi kami terlepas flight jua. Mereka membawa kami pulang ke rumah mereka dan menyediakan tempat tinggal untuk kami. ‘Blank’ sebenarnya. Kami menelefon keluarga di Malaysia. Duit untuk tiket kami dah tak ada. Habis digunakan membeli tiket sebelum ini dan kami terlepas flight. “Maybe kami kena serah ke kedutaan Malaysia dan menyatakan kami ini adalah pelarian”. Gurau kami pada mereka. “Mak ayah tolong doakan kami banyak2 yer”. Pinta kami kepada mereka.
.
Duduklah kami di rumah Khiswar tanpa apa2 plan. Masuk hari ke 3 , cik suami dihubungi oleh temannya. Entah apa yang dibincangkan mereka, saya pun tak tahu. Kemudian kami dihubungi sekali lagi menyatakan kami dapat balik tiket flight tersebut. Bab ini bila saya tanya kembali kepada cik suami, dia pun dah lupa bagaimana kami boleh dapatkan kembali tiket flight tanpa mengeluarkan satu sen pun duit. Sesungguhnya syukur kami. Allah Maha Besar. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua orang.
.

Kawan-kawan ada ketikanya bantuan Allah datang dalam pelbagai bentuk. Bantuan juga datang daripada orang yang kita tak pernah kenal atau berbuat baik dengan mereka. Berbuat baiklah pada semua orang tanpa mengharapkan balasan dari mereka. Usah dikira kebaikkan kita pada orang lain. Tapi kenanglah kebaikkan mereka kepada kita. Kita hidup bermasyarakat dan saling memerlukan.
.
Di bumi Texas kami bertemu ramai saudara muslim yang sangat baik kepada kami. Di sana kami belajar membuka mata lebih luas. Kami belajar persaudaraan dalam islam tanpa mengira bangsa. Khiswar dan Syakir telah tidak dapat kami hubungi selepas peristiwa 11 September berlaku tahun 2001. Namun kebaikkan mereka kami kenang sampai bila2. Hadir sekejap dalam perjalanan hidup kami, tapi ‘bekas’nya amat mendalam. Moga Allah balas kebaikkan mereka dengan nilai yang lebih tinggi. Amiin.
.
.

Kak midah
erti hidup ‘memberi’

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge