Pengalaman Kerja Part Time di Luar Negara

hari terakhir kerja cleaner

Kerja part time di UK

Apabila bercerita tentang anak muda, bagaimana mereka berat atau kurang minat berkerja. Masih ada yang memilih-milih kerja menjadikan kami teringat2 kisah survival kami dahulu. Rindu pada pengalaman lalu.

Pengalaman Kerja Part Time di US

Ketika itu kami pasangan muda (kini tidak lagi) , baru mendirikan rumahtangga, suami mendapat tawaran ke US. Anak baru seorang, masa itu suami hanya mendapat elaun pelajar sahaja untuk beliau seorang. Kami nekad pergi semua, tawakal pada Allah…dengan sewa rumah USD400, elaun diterima USD680 (ingat-ingat lupa). Kami kena fikirkan budget bulanan, tambang pulang nanti.

Hai pergi bertiga, pulangnya berempat pula. Nak balik ke Malaysia dah tambah sorang anak lagi. Betullah bila kita ada anak dan keluarga, semangat juang begitu tinggi. Suami cari kerja part time , tiada terfikir untuk memilih kerja. Janji dapat kerja pun dah Alhamdulillah.

Sempatlah berpengalaman sebagai tukang pasang perabot, selepas habis kelas (8 pagi -2.30 ptg). Tapi kerja ini sekejap sahaja dan terpaksa berhenti disebabkan allergic kepada habuk perabot yang dipasang.

Di awal pagi pula cik suami berkerja part time sebagai tukang hantar suratkhabar dari rumah ke rumah. Merasa juga baling newspaper. Waktu baling surat khabar adalah di awal pagi , hendaklah selesai sebelum jam 4 pagi. Pulang ke rumah tidur sebentar, kemudian ke kelas dari 8 pagi – 2.30 petang. Begitulah saban hari. Ada ketikanya tidur suami hanya sejam sahaja …..(tersambung pula la di dalam kelas hahahah). Buat 2 kerja dalam satu masa.
.
Akhirnya cik suami jatuh demam panas yang teruk di hari flight penerbangan pulang ke Malaysia. Langsung tak dapat bangun. Saya pula hari terakhir berpantang anak ke 2. Duit yang dikumpul cukup-cukup untuk bayar tiket penerbangan kami pulang ke Malaysia. Kami tertinggal flight pulang ke Malaysia. Masa tu tergamam . Sesungguhnya Allah bantu kami! Ada jalan yang Allah mudahkan , ada bantuan dari arah yang tidak disangka2. Benarlah bila susah bersama kita lebih menghargai satu sama lain.

Pengalaman Kerja Part Time di UK

Kami ni bukanlah jenis yang serik. Sekali lagi dapat peluang merantau ke UK, kami bawa bersama 5 anak. Pihak Sponsor tidak menanggung visa dan flight tiket anak-anak. Kami redah semuanya. Cik Suami kerja part time di sana sebagai cleaner @ floor engineer (heheheh). Demi rasa tanggungjawab, semangat itu datang dengan kuat. Iya bekerja sebagai clearner bukanlah suatu yang asing bagi pelajar Malaysia yang belajar di UK.

Kerja clearner banyak mendidik hati. Kita sedar diri siapa kita. Pengalaman2 ini menjadikan kita tidak tinggi diri dan sentiasa merasakan siapalah kita di sisi Tuhan. Sebenarnya tak payah tunggu kerja clearner di UK, clearner di rumah sendiri pun dah cukup mendidik diri. Ajarlah anak-anak untuk mencuci toilet sendiri, Masha Allah, sungguh ! banyak benar didikan Allah di situ. Jangan lupa ajarlah staf sama mencuci toilet di tempat kerja.!

Kembali semual alkisah perantau, akhirnya cik suami berhenti juga kerja floor engineer kerana allergic yang teruk pada bahan2 pencuci yang menyebabkan kesihatannya semakin teruk. Kami berbincang, kerja ini terpaksa dilepaskan walaupun kami perlu simpanan untuk pembiayaan visa dan tiket penerbangan. Usaha sudah…dan kini kami berserah pada Allah. Yakinlah Allah Maha Kaya.

Setiap orang dari kita ada pengalaman ‘mutiara’ dalam hidup terutamanya pengalaman ketika susah. Ujian sebenarnya yang kita lebih takut ialah ujian kesenangan.

Khabarnya “recession” kembali menjegah, bersediakah anak-anak muda kita? Buat anak-anak muda, tenaga di usia muda amatlah luarbiasa, gunakanlah untuk ‘deen’ dan keluarga.
.
.
.

kak midah
risau dengan ujian kesenangan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge