Bila anak kena ekzema

anak ekzema

Ibu-ibu yang mempunyai anak ekzema mempunyai perjalanan hidup yang sangat istimewa. Saya terpanggil sama untuk berkongsi pengalaman suka duka yang dilalui. Saya terlibat secara keseluruhan melalui penjalanan eczema ini. Perasaaan PENAT, BUNTU dan down hingga hampir-hampir putus asa saya jangkakan hampir semua ibu anak ekzema merasainya. Moga kisah perjalanan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka yang sekapal dan perkongsian ini diharap dapat membantu insan-insan terpilih.

Pengalaman anak ekzema

Pengalaman anak ekzema merupakan satu kitaran yang sangat STRESS. Tahap stress meningkat bagi ibu ialah apabila keadaaan kulit anak meradang. Bila ada faktor yang trigger “kegatalan” ini samada makanan yang anak allergic, habuk atau  cuaca;  maka bergarulah anak sampai berdarah-darah kulitnya.  Apabila darah itu dikesat, air bisa keep keluar dan  kulit menjadi berair. Waktu malam pun kita bersengkang mata bila anak kerap menggaru-garu. Kasihan pada anak; juga kasihan pada ibu. Faktor trigger “kegatalan” anak adalah berbeza bagi setiap individu. Ibu-ibu kena arif bab ini dan perlu kenalpasti apakah alahan setiap anak.

 

ekzema bermula

Pengalaman yang saya lalui lebih 3 tahun…tertekan, serabut, kasihan pada anak, semua bercampur-baur. Kepenatan! Ummie tiada waktu rehat. Sepanjang masa memegang anak…..memegang tangan anak , menahan diri anak supaya tidak menggaru mukanya. Tidur malam anak akan sentiasa dipeluk….tangan anak sentiasa ummie pegang. Bangun untuk solat subuh…melihat kembali anak di katil, sudah penuh darah di sarung bantal dan cadar. Luluh jantung ini. Mata ummie tidak  akan lari jauh dari wajah anak. Sampai tahap buntu dan down sungguh-sungguh.  Air mata, wang ringgit usah dikira. STRESS jangan cakaplah. Duduk sorang-sorang, berlinang air mata ini. Gamaknya beginilah setiap ibu ayah bila diuji dengan masalah kesihatan anak.

Ekzema haneef bermula seusia 3 bulan. Terdapat tompokan merah muncul di pipi kanannya. Pada mulanya sebesar duit 20 sen. Kami membawanya ke klinik, doktor memberinya krim sapuan dan antibiotik. Sedikit sahaja sapuan krim dibuat, merah di pipi Haneef makin besar dan keadaannya semakin lama semakin teruk. Haneef sentiasa menggosok mukanya dibaju sesiapa yang mendukungnya. Kali kedua bertemu doktor, pesan doktor teruskan menyapu krim dan memberinya antibiotik. Kami decide untuk stop  dan mencari kaedah natural.

 

Bermula pencarian ilmu rawatan natural untuk ekzema

ekzema

Bermula pencarian ilmu rawatan ekzema secara natural, saya start google, baca journal, buku-buku dan juga jumpa pakar kulit bagi mendapat nasihat. Banyak ilmu yang Allah hadirkan kita bila kita diuji. Alhamdulillah.

Ibu-ibu, BERSABARLAH dengan hati yang tenang. Allah Lebih TAHU Segala-galanya dan Allah lebih DEKAT dengan kita lebih daripada urat darah kita sendiri. Kita tidak tahu apa yang berlaku di hadapan kita dan di belakang kita. Kita rasa takut dengan kepahitan lalu, andai ia berulang kembali. Kita bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Tika diUJI, banyaklah MENGADU pada NYA, bukan mengadu pada manusia. Ucapkanlah sebagaimana firman Allah ‘azza wa jalla.

قُلْ كَفَىٰ بِٱللَّهِ بَيْنِى وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱلْبَٰطِلِ وَكَفَرُوا۟ بِٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ

(٥٢ )

Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.”

(Surah al-Ankabut ayat 52).

Dia lebih tahu segala-galanya. Ya segala-galanya.

Hasil pembacaan di group sokongan ekzema, ramai yang mencadangkan krim Moogoo. Harganya boleh tahan. Permulaan guna krim moogoo, ekzema Haneef berkurangan…. tetapi kelegaan tidak berpanjangan. Rupanya saya kena pantau  pemakanan saya dan Haneef (waktu itu Haneef full BF). Haneef allergic dengan certain foodBy certain test, kita boleh confirm makanan apa yang kene avoid. Ada beberapa test yang ibu boleh lakukan untuk kenal pasti allergic anak.

  1. Food allergy test
  2. Blood test
  3. Patch test

Saya buat food allergy test. Haneef, saya kenalpasti banyak sangat makanan yang kami kena avoid. Maybe masa itu ekzema Haneef makin teruk, maka result food test anak adalah kurang tepat.  Kami mencuba juga rawatan homeopathy untuk Haneef. Di UK ketika itu, cara rawatan homeopathy adalah secara mingguan. Setiap kali visit almost 80-100 pound melayang. Pejamkan mata sahaja. Rawatan ini amat membantu menurunkan keradangan ekzema Haneef. Namun …….hati ummie menangis lagi. Bila ada faktor trigger, Ekzema Haneef kembali teruk, ummie dan abi BUNTU. Ummie ada jumpa artikel ibu yang mengalami masalah yang sama menggunakan kaedah rawatan clay. Kami beli clay dan mencuba kepada Haneef….Alhamdulillah keradangannya berkurangan.

4 minggu sebelum pulang ke Malaysia, kami ada appointment berjumpa pakar kulit di Hospital Prince Royal Scotland. Bertemu doktor yang baik hati dan memahami, beliau mencadangkan kami menggunakan Olive Oil sekiranya kami ingin mencuba kaedah rawatan ekzema secara natural. Minyak Zaitun kaya dengan Vitamin E yang membantu proses regerasi sel-sel kulit mati kepada sel-sel kulit yang baru.

anak ekzema

Apa lagi, pulang dari visit hospital kami terus membeli extra virgin oil di Lidl. Bila oil ini disapukan kepada muka Haneef, semakin teruk gatalnya. Gatal yang bukan sedikit. Hmmmm…..

Ummie dan abi gali lagi ilmu. Kebetulan suami boleh access medical journal dari universitinya. Banyak journal mencadangkan Olive oil bagi masalah kulit….tetapi entahlah, kenapa bila kami cuba kepada Haneef, ekzemanya semakin teruk. So kami stop dulu menggunakan Olive oil.

2 minggu kemudian kami buat patch test di Prince Royal Hospital, Haneef didapati allergic dengan nut terutamanya peanut dan habuk. Amboi ummie, selama itu suka sangat makan nasi empit dan kuah kacang. Tak terfikir pun kacang boleh menyebabkan allergic anak. Alhamdulillah test ini banyak membantu kami. So saya cuba jaga pemakanan terutamanya nut dan try minimakan habuk. Perjalanan ekzema Haneef turun dan naik….sama seperti semangat ibunya, ada tika turun ada ketikanya naik. Allahu.

 

Kaedah rawatan natural dan alami untuk ekzema

Pulang ke Malaysia, kami mencari kaedah rawatan natural dan alami  untuk ekzema ini. Teman kami mengesyorkan habbatussauda, madu dan olive oil. Cubalah Olive Oil ini, katanya 30x ganda anti oksidan. Cold press, ASLI dan tidak bertapis. Kami was-was, sebab dah pernah cuba Olive Oil sebelum ini. Rupa-rupanya di pasaran kita, industri yang cukup tercemar adalah industri minyak zaitun (olive oil) dan madu. Kebanyakkan minyak zaitun adalah tidak extra virgin atau telah dicampur dengan minyak sayur atau minyak kekacang. Ya Allah! padanlah Haneef semakin gatal bila disapu minyak zaitun sebelum ini. Saya buat patch test Olivie ini terlebih dahulu pada kulit Haneef. Sapukan Olivie  kepada kulit Haneef dan biarkan selama 4 jam. Sekiranya tiada allergic reaction, minyak Olivie ini sesuai untuk Haneef. Alhamdulillah Kulit Haneef ok dan semakin cantik. Saya sapu sekerapnya dan bagi Haneef makan Olivie 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

selepas ekzema

Kini banyak sungguh perubahan positif ekzema Haneef dan saya bersyukur mencuba minyak zaitun keluaran  Olive House . Satu pengalaman yang sungguh bermakna buat saya dan kami sekeluarga. Dulu banyak masa dihabiskan pada Haneef seorang. Sekarang Haneef dapat membesar dengan baik dan kami  juga dapat memberi perhatian pada anak-anak yang lain. Panjang cerita bab ekzema ini, sebab cerita dari hati. Perkongsian yang lain ada saya kongsikan juga di blog ini.

Buat ibu anaknya ekzema; jangan lah berputus asa untuk mencuba rawatan alternatif secara natural pada anak. Dijadikan haiwan dan tumbuhan dimuka bumi ini untuk manusia. Tambahlah ilmu, berusahalah dan berdoalah. Kita ada Allah….padaNya kita Mengadu dan Berserah.

 

 

 

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge