Nak Cairkan Lemak? Cuba Resepi Hebat Ini

burn fat-bakar lemak

Kadar LEMAK dalam aliran darah anda semakin meningkat? Jadi, inilah resepi yang sesuai untuk anda. Terdapat banyak sebab yang boleh meningkatkan jumlah lemak dalam aliran darah kita, antaranya adalah seperti: gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan yang tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal. Boleh dikatakan ini adalah antara penyakit yang berbahaya pada masa kini.

Tisu lemak akan terhasil terhadap individu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi dalam aliran darah. Tisu ini adalah bewarna kekuningan berbentuk segiempat atau simpulan yang berada atas kelopak mata atau pada bahagian-bahagian badan yang lain.

Apabila tidak dicegah atau dirawat penyakit ini boleh menyebabkan kesan sampingan buruk yang lain, seperti: penebalan dinding arteri, yang boleh juga terjadi disebabkan oleh faktor-faktor yang lain (seperti merokok, alkohol, nikotin ). Untuk pengetahuan anda, penyakit Kardiovaskular adalah salah satu punca utama kematian di dunia.

Jadi, jika anda mengalami masalah ini dan mempunyai kandungan lemak dalam darah yang tinggi, maka anda mesti cuba Home Remedi ini. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat dan bahan-bahannya pula mudah didapati:

Home Remedi Yang Mencairkan Lemak

Bahan-bahan:

sari-cuka-teen-buah-teen

Arahan:

Nota: Buat resepi ini pada waktu malam sebelum tidur untuk diminum pada waktu pagi.

Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan:

  1. Ambil 3 buah teen kering dan cucuk sekeliling buah guna pencungkil
  2. Masukkan 3 buah teen tadi ke dalam bekas kaca bersama-sama dengan 2ooml sari cuka teen
  3. Biarkan rendam semalaman
  4. Keesokan paginya makan 3 buah teen yang direndam semalaman itu.

Jangan terus buang lebihan sari cuka teen yang tinggal kerana masih boleh digunakan untuk malam seterusnya. Caranya adalah dengan meletakkan 3 buah teen dan ulangi langkah yang sama. Sebenarnya, anda boleh menggunakan sari cuka teen yang sama selama tujuh hari. Pada hari yang ke-8, anda perlu ambil 200ml sari cuka teen yang baru dan mengulangi prosedur yang sama untuk seminggu lagi.

Prosedur untuk mencairkan lemak ini berlangsung selama 2 minggu. Selepas 2 minggu anda akan mendapat hasil yang menakjubkan. Badan akan lebih bertenaga dan cergas. Jangan lupa amalkan resepi yang hebat ini dan kongsikan bersama keluarga dan kawan-kawan.

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge