Mencari Kerja di bumi Uncle Sam

Mencari kerja di bumi uncle sam

Mencari kerja di bumi uncle sam

Amalan musafir yang baik, ke mana pun kita merantau di bumi Allah, “attachment/engagement” dengan masjid sangat penting dan memberi kesan yang tinggi dalam hidup kita. Termasuk lah juga kehidupan kita di Malaysia. Peganglah ia sehingga menjadi asas kehidupan kita merantau atau bermukim di mana-mana sahaja.

 

Kembara di Houston TexasMasjid Abu Bakr Siddique terletak di Southeast Houston Texas berdekatan NASA adalah merupakan masjid pertama kami tuju. Di situ berkumpul muslim pelbagai bangsa. Ada banyak peristiwa dan kenangan di situ.

Cik Suami dan sahabatnya kerap ke Masjid Abu Bakr dan banyak berurusan dengan Iman masjid tersebut iaitu Shaykh Mamdouh Mahmoud (berbangsa Mesir). Setiap masalah kami akan rujuk dan bertanyakan Shaykh.

 

 

 

Antara peristiwa yang menjadi ingatan kami :-

1. Perkara yang kita paling rindu adalah laungan azan. Di bumi asing tiada kedengaran laungan azan kecuali di dalam masjid sahaja. Sekiranya kau rindu, datangla ke masjid duhai teman. Maka ketika itu perasaannya begitu sebak. Kita amat menghargai “suara” itu.

2. Cik suami mengambil kursus Aircraft Maintainance. Pelajar diberi visa berstatus F1 iaitu pelajar hanya dibenarkan bekerja part time di dalam kampus sahaja. Memandangkan campus tersebut adalah kecil maka peluang kerja adalah terhad. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pelajar bekerja di luar campus. Visa F1 ini juga menjadikan kesukaran untuk mana2 majikan menerima mereka bekerja.

3. Cik Suami dan sahabatnya berusaha mendapat kerja part time di station minyak, convenience store, one dollar shop etc. Tetapi most of them ada menjual arak dan loteri. Sehinggalah suami berjumpa dengan seorang brother muslim bernama Arafat yang mereka kenal di Masjid Abu Bakr, owner kepada satu station minyak. Tetapi di tempatnya tiada kekosongan. Brother Arafat ini banyak membantu kami antaranya memberikan kami menggunakan kereta lama beliau.

Berbalik kepada pencarian kerja part time, kesukaran mendapat kerja yang memenuhi syarak menyebabkan cik suami dan sahabatnya berjumpa Shaikh Mamdouh, ada tak apa2 bantuan zakat kepada pelajar yang bermusafir yang menghadapi kesukaran.

Pesanan dari Shaykh : ”

” Brother, giving its better than receiving ” iaitu tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima. Lebih baik tangan kita berada di atas dari di bawah.

Bagaimana sukarnya kehidupan kita pastikan kita tidak hidup di atas belas kasihan orang.

Kata2 ini memotivasikan kami.

4. Pencarian kerja diteruskan dari satu gas station ke satu gas station ….ada jual loteri, ada yang jual arak dan ada yang jual rokok.

Apabila masih terlalu sukar bertemu kerja part time, mereka berjumpa sekali lagi dengan Shaikh Mamdouh. Dalam pertemuan lain di masjid, mereka menceritakan kesukaran mendapat pekerjaan.

Apa kata Shaykh bagi motivasikan kami:-
“Dont worry Brother. Your intention is good and Allah will give you reward. Kalau kita berniat dengan betul, kita tak perlu risau. Yakinlah dengan rezeki dari Allah. Niat itu sudah betul, kita kena yakin pertolongan dari Allah. Sabarlah duhai hati, yakinlah dengan pertolongan Allah
Suatu hari apa yang kita niat itu kita akan dapat.”

Akhirnya Cik suami dapatlah kerja part time yang tidak melibatkan perkara2 syubahah dan bayarannya pun agak mahal dari kerja2 biasa.

Cukuplah dengan rezeki ini. Alhamdulillah. Dengan duit ini kami dapat beli sebuah kereta berharga USD900. Setelah setahun kami menggunakan kereta ini , ia telah dibeli oleh seorang brother bernama Yusuf dengan harga USD900. Katanya beliau sangat suka dengan kereta kami dan dia sanggup beli dengan harga yang sama kami beli dahulu.
.

Kawan-kawan ada ketikanya keperitan hidup melanda dan menggugah iman kita. Bersabarlah dan yakin dengan janji Allah. Allah pasti bantu. Allah Maha Kaya dan Allah sebaik-baik tempat memohon bantuan.

:

Kak Midah
Giving its better than receiving

Pautan ke >>  facebook Nor Hamidah 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge