Egg Tart

egg tart
Tiba-tiba kak midah rindu pada egg tart ini. Dah lama tak membaking. Godek-godek kembali resepi , Alhamdulillah masih ada blog kak midah buat dulu masa kat UK. Blog
www.citarasadapur-ummie.blogspot.com Blog ini antara blog kak midah mula-mula buat dulu masa belajar buat blog. Insha Allah kak midah akan kongsikan resepi-resepi yang pernah dicuba di ruangan “Kongsi Resepi”.
Senang untuk kak midah rujuk kembali dan selamat mencuba buat semua 😀
egg tart
EGG TART
260gm telur
1 tsp vanilla
50gm golden syrup
130gm gula
260 gm air
200gm fresh milk
1 tsp pewarna kuning
1 tsp tepung kastard
cara:
campur semua bahan dengan rata dan tapis
tuang dalam tartlet bakar 25 minit.
PASTRY nya
BAHAN A
250 gm mentega
100gm gula icing
1/2 tsp esen vanilla
BAHAN B
1 biji telur
BAHAN C
420 gm tepung gandum
2 tbsp susu tepung
CARA-CARA
Satukan bahan A rata-rata, masukan bahan B dan ratakan
masukkan bahan C, sebatikan dengan tangan.
tekan doh dalam mould dan kemaskan
tekan dengan garfu supaya tidak menggelembung semasa dibakar
bakar 10-15 minit.
Selamat memasak 🙂

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge