Jual Nasi Lemak di Glasgow

nasi lemak perantau

 

Antara menu yang kak midah jual masa di Glasgow dulu adalah nasi lemak. Bagi Orang Melayu, memasak nasi lemak ni memang kita dah pakar. Tetapi tidak bagi bangsa lain. Rupa2nya apabila berada di luar tanah air, mostly ramai orang Cina dan India teringat-ingatkan nasi lemak. Apa yang membezakan di antara sesama nasi lemak adalah lemak nasi dan keenakkan sambalnya.

pesanan nasi lemak

 

Alhamdulillah most of them banyak meng’order’ dari kak midah, dengan bantuan adik-adik student kitalah jua. Kak midah jual nasi lemak dan ayam goreng ini dengan harga £3.50 (janganlah convert to RM sayang oooi). Ini merupakan projek bersama-sama anak2 kak midah. Kami berkongsi keuntungan hasil jualan bersama-sama.

 

 

nasi lemak ayam

 

 

Baiklah, kak midah kongsi tips memasak sambal nasi lemak supaya lemak ummp . (entah ya …entah tak). Bab memasak nasi kau orang cari sendiri.

Tips memasak sambal nasi lemak yang sedap

    1. Pastikan lada kering yang digunakan tidak dari jenis yang terlalu pedas.
    2. Lada kering tersebut hendaklah dibuang biji dan direbus dengan air panas sebelum dikisar halus.
    3. Bahan yang digunakan untuk memasak sambal adalah:
      – lada kering,
      – sedikit ikan bilis , sedikit halia , bawang merah besar (bukan bawang besar holland tau)
      – asam keping,
      – gula nisan/melaka dan
      – garam secukup rasa.
    4. Segenggam ikan bilis + halia + bawang merah besar hendaklah dikisar bersama.
    5. Goreng ikan bilis terlebih dahulu menggunakan minyak baru. Bahagikan ikan bilis kepada 2 bahagian. Ikan bilis yang digoreng separuh masak untuk diisi ke dalam sambal dan ikan bilis garing untuk dimakan bersama nasi nanti.
    6. Gunakan minyak goreng ikan bilis untuk dijadikan minyak menumis sambal (antara rahsia sambal menjadi lebih sedap).
    7. Pastikan lada dan bawang yang ditumis , pecah minyak terlebih dahulu sebelum air dimasukkan ke dalam kuali.
    8. Gunakan gula nisan/melaka yer untuk lebih kesedapan
    9. Penting sekali , janganlah lada + bawang yang ditumis itu dibiarkan terlalu lama sehingga hanggit! (tak dapat den menolongnya).
    10. Jangan lupa masukkan ikan bilis separuh masak tadi semula ke dalam sambal.

Oklah , ini sahaja petua menjadikan sambal nasi lemak lebih sedap. Cubalah nanti.

Bagi mereka yang ada peluang merantau ke luar dari Malaysia buat pertama kali janganlah lupa angkut sekali ikan bilis dan lada kering dari Malaysia bekalan untuk setahun. Nanti kau orang gigit jari sambil menung panjang syiling rumah sebab tertinggal 2 benda tu kat Malaysia.

:
:
Kak midah
Bisnes warung di Scotland

Link posting : facebook Nor Hamidah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge