Belajar bisnes semangat kena kuat – (Bahagian I)

Dulu masa kerja full time Software Analysist, Sabtu Ahad jadi mangsa. Saya ni suka cari jalan jauh. Memang orang IT…tapi tak belajar pasal web-web nih. Saya tahu basic programming dan analisa sistem. Zaman 90an, web masih slow di Malaysia.

Bila jumpa anak muda yang bukan IT tapi pandai berkaitan web, hati teruja. Sabtu Ahad lah jadi mangsa mentelaah. Modal sikit so nak pergi belajar mahal-mahal tak ada duit. Kak midah belajar sendiri…masa tu yang famous zencart, blogspot. Habis di explore. Anak dah 4 orang. 2 orang masih kecik. So kena tunggu dia orang tidur dulu, baru bukak buku. Internet pun minta izin orang bawah apartment untuk saya pakai.

Bila berhenti kerja, dapat jadi fulltime house wife sebab suami sambung belajar; seronok …melompat sakan. Saya explore macam-macam lagi. Barulah celik facebook. Walaupun dulu dok dunia IT, tapi kesibukkan menyebabkan saya taknak join warga facebook.

Kat dunia facebook banyaknya ilmu saya belajar. Follow orang tu, follow orang ni. Apa sahaja group sharing ilmu saya join. Allah izin dapat anak yang ke enam…ada eczema yang teruk. Sepanjang masa kak midah kena peluk haneef, kalau tidak dia akan menggaru. Pantang lepa, habis mukanya penuh darah. 3 tahun tidur tak sepenuhnya. Peluk-peluk haneef, perlahan-lahan dilepaskannya. Kak midah bangun untuk solat subuh. Usai solat….kembali ke katil ; cadar akan penuh darah. Masa itu hati disiat-siat (sedih nyer). Suami akan take care Amru n Saeed. Kepenatan melayan sikecik berdua tu. Juga kepenatan part time ‘floor engineer’.

Alhamdulillah, walau keadaan haneef begitu…saya dapat bangun juga jam 2.00 pagi or 3.00 pagi untuk belajar (macam saya pula yang buat phd hahahah). Kisah ini untuk kekawan yang ada anak kecil…..

 

Teringat winter yang last di bumi Scotland, bangun berstokin tebal, berbaju 2/3 lapis; bangun perlahan-lahan mengadap komputer. Baru 30 minit mentelaah, haneef menangis cari ummi. (Haneef memang nakkan kat ummie sahaja. Iya lah 24jam bersama ummie di rumah). Cepat-cepat tidurkan haneef dan sambung semula membaca. 2-3x lah haneef bangun. Masa tu semangat kuat.

Nak sambung cite lagi ke? sambungan kat sini >> Belajar Bisnes. semangat kena kuat (bahagian II)

kak midah
– terkenang suatu ketika dulu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge