Belajar Bisnes Semangat Kena Kuat- cari ilmu ( Bahagian II)

Scotland United Kingdom

ok sambung cerita cari ilmu. (maaf panjang la pula, dah macam …)

Sebenarnya cerita sebelum ini spontan je kak midah tulis….dapat ilham tiba-tiba.
:
Setiap orang ada cerita hidup masing-masing juga. Kak midah cerita bukan nak bagitau pasal kak midah buat itu ini tapi nak cerita yang pencarian ilmu tu tiada hadnya selagi kita mencari dan berusaha.
:
Segala-galanya bermula dengan ilmu. Masa kecil dahulu, kak midah request nak ikut lawatan sekolah ke Cameron Highland, mak tak bagi. Mak cakap…..”kalau nak melihat dunia belajar lah rajin-rajin.” Doa mak barangkali…alhamdulillah dapat juga musafir berkelana, merantau tapi bukan sebab rajin belajar, tapi sebab dapat jodoh ngan orang yang masih kena belajar 😛.
:
Kak midah bukan nak cerita pasal usaha kak midah….tapi nak bagitau walau ada anak kecil bukan penutup segalanya. Buatlah yang sepatutnya, cuma letakkanlah mendidik anak lebih depan dari segala-galanya, yang lain pasti Allah buka jalan untuk kita.
:
Saya suka belajar. Minta izin suami untuk ambil beberapa kelas atau terlibat dengan aktiviti luar Glasgow. Cik suami tak benarkan. Tujuan kami ke UK adalah untuk dia sambung belajar … itu lebih utama katanya : “Kita … anak ramai, fokus pada anak2 itulah yang terbaik. Kak midah akur.
:
Tapi tak apa… kalau kak midah minta apa sahaja beli ebook, join group berbayar, kelas online; suami approvekan. Sokongan moral dan sokongan duit (hahaha)dia cukup tinggi kat saya. Cakaplah kelas online atau coaching online yang kak midah nak join, dia bayarkan. Rasanya bayar kelas online lagi banyak habis dari beli ‘handbeg’ hahaha. Jangan pernah rasa rugi bila bab ilmu.
:

Kak midah ada ambil beberapa sesi coaching personal dan coaching group dari Malaysia. Nilainya cecah ribu. Appoitment jam 1.30 pagi waktu UK (5 petang waktu Malaysia). Jam 12.30 haneef baru tidur…lelap 1/2 jam, then bangun berguru dengan mereka di Malaysia. Last but not least ada offer group coaching almost RM2k. Slow talk dengan cik suami….dia luluskan. Semangat gila masa tu. Plannya dengan ilmu yang dipelajari , saya dah boleh start bisnes online bila pulang ke Malaysia.
:
Sebenarnya kak midah dah start berbisnes online sebelum pergi ke UK. Jual telekung masa tu. Share dengan adik. Bermodal RM300 seorang…..akhirnya roling2 jadi RM3k. Slow sangat sebab kami buat as part time sahaja. Lama masa yang diambil. Akhirnya kami buat keputusan untuk stop sebab tak larat dan pening kepala dengan supplier.

:
Berbalik kepada coaching group yang kak midah join. Harapan tu memang menggunung tinggi. Perjumpaan group kali pertama kira oklah, coaching ni membuka minda kak midah, jangan takut dengan rezeki orang lain. bla bla bla. Perjumpaan group kali ke 2 biasa-biasa sahaja. Perjumpaan ke 3 terus dismiss….kononnya marah pada ahli group, terus group bubar. Ada ka patut. Terpingga-pingga kak midah ni. hmmm ku serahkan pada Allah untuk menilai dan membalasnya. Moral : jangan serik mencari ilmu..tapi kena lebih berhati-hati memilih guru.
:
Tahun 4 kami di sana, terdapat perubahan amount sponsor pada pelajar phd batch kami, tidak sama seperti pelajar batch sebelum ini. Elaun yang biasanya kami terima telah tiada. Untuk renew visa satu family 8 orang perlu budget sendiri. Tiket flight lagi. Kami buat meeeting satu family…anak2 garu kepala. Elaun yang biasa kami dapat dah tak ada …so segala perbelanjaan dicatu. Allah izin suami decide berhenti kerja Part time memandangkan kesihatan dirinya makin merosot. Hampir 2 bulan lebih suami lebih banyak terbaring di katil dan kepalanya semakin sakit. Bila buat check up hospital, suami dapat terus appoitment untuk operate sinus.
:
Masa itu semua bende nak kena fikir. Renew visa, ticket flight n transport barang-barang ke Malaysia pakai kontena. Sebenarnya dah lama buat ‘budget pulang’ tapi memandangkan ada perubahan pada sponsorship, maka segala-galanya berubah. Macamana yer.
:
Akhirnya timbulah idea open order barang UK buat kawan-kawan di Malaysia. Ummie jadi sibuk….hari-hari mengadap laptop. Survey barang yang menarik dan kak midah open order pada teman-teman. Terpaksa terangkan pada teman yang kami ambi caj penghantaran. Siapa sangka …rezeki dari Allah. Rumah kami penuh dengan barang pesanan dari teman2 semua. Terima kasih semua. Alhamdulillah barang-barang pesanan lebih banyak dari barang kami sendiri.
:
Perjalanan ini adakalanya kita nampak sukar dan susah. Tapi kita ada Allah untuk kita sandarkan. Yakinlah, Allah mudahkan nanti. Urusan kami selama 4 tahun di UK cantik sekali…. Allah bagi peluang belajar kenali alam. Pulangnya kami ke Malaysia seolah-olah memulakan kehidupan yang baru di Malaysia.
:

Scotland UK

Seronoknya bermusafir. Rindu pada persahabatan di UK. Rindu pada suasana gotong royong angkat kontena, rindu pada open house raya, dan rindu pada udara sejuk Glasgow… juga rindu suasana mentelaah musim sejuk……banyak membuka minda dan mendewasakan kita yang dah semakin tua ini. Bermusafirlah dan kat mana kita berada…..Allah buka ruang untuk kita menimba ilmu.

Kak midah
– rindu bermusafir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge