DTT 02 : ‘Apa itu Diagnos melalui Saraf Tapak Tangan?’

Apa itu Diagnos Tapak Tangan

DTT 02 : Apa itu Diagnos melalui Saraf Tapak Tangan?’

Baik, kita sambung lagi mengenai ‘Apa itu Diagnos melalui Saraf Tapak Tangan?’
Ilmu ini dianugerahkan oleh Allah untuk kita sama2 membantu sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang perubatan Alternatif dan moden ini.

Diagnos Tapak Tangan atau dipanggil ‘Palmistry’ ini, telah banyak membantu ramai orang mengenal pasti penyakit mereka sejak dari awal lagi. SYUKUR alhamdulillah.
Jadi, niat ummihani disini adalah untuk kita berkongsi sama-sama ilmu Allah yg Maha luas ini. Insyaallah.

Ada juga yang beranggapan DTT (Diagnos Tapak Tangan) ini salah disisi islam! Perlu diingatkan bahawa tanggapan negatif ini akan kita lalui sepanjang kita bergelar seorang ‘perawat DTT’. itu adalah perkara biasa.😊 Ingatlah bahawa Allah s.w.t telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian dimuka bumi ini. Jadi, marilah menuntut ilmu!!!

Marilah kita bermula dgn Warna pd tapak tangan dahulu, Tapak tangan kemerah-merahan, pucat & kekuningan.

1)Tapak tangan kemerahan:
✔ Tahap Kolestrol dalam darah yg melebihi keperluan asal dalam tubuh badan.
✔ Lemah pada sistem pengaliran darah kerana kandungan Kolestrol yang mendap pada dinding pembuluh darah.
✔ Suhu panas dlm badan.

2)Tapak tangan pucat:
✔ Kurang darah

3)Tapak tangan kekuningan
✔ Masalah pada Hati.
✔ Tahap Toksik yang tinggi dlm badan (bila ditekan menganjal)

Ini antara tanda2 warna pada tapak tangan.

#Teamperawatohpahang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge