ANGIN DALAM BADAN

DTT 03:
Assalamualaikum…
Lama dah tak update mengenai DTT kan…maaf la. Agak sibuk kerana banyak urusan olive house, menguruskan ejen2 baru & anak2.
Okay, untuk DTT 03 ni kita akan belajar mengenai angin dalam badan.
Melalui DTT, angin didalam badan akan menunjukkan Tanda2 seperti:
✔ Tompok2 putih pada tapak tangan.
Ia berpunca drpd:
✔ Masalah usus
✔ Makan selang seli dgn minum air
✔ Banyak bercakap ketika makan & minum
✔ Minum menggunakan straw
✔ Pemakanan yang tak seimbang
✔ Pernah melakukan pembedahan di perut
Ha….macam mana, anda ada Tanda2 tersebut? 😰😰😰
Angin juga kita boleh bahagikan kpd 3jenis:
1) Angin duduk @ angin segah.
– Angin yang berada didalam perut dan usus. Anda akan merasa kembung perut (selalunya bayi), nafas akan menjadi pendek, cepat penat, terasa mencucuk di Ulu hati, makan sedikit cepat kenyang, kerap sendawa & kentut.
2) Angin darah.
– angin dan darah tidak seimbang dan boleh menyebabkan emosi anda tak menentu, panas baran (cepat marah), meroyan (pada wanita) & angin pasang (pada lelaki) dan boleh mengakibatkan angin ahmar (jika berterusan boleh mengganggu bahagian Otak)
3) Angin sendi.
– angin yang berada di bahagian sendi2 pada tubuh badan. anda akan berasa sakit pada sendi dan otot. Juga berlaku kebas2 apabila duduk atau berdiri lama, sakit pada pinggang.
Apabila di urut,tukang urut akan merasa angin yg berada pada sendi2 seperti bebola-bola kecil yg sentiasa beralih apabila diurut dan berbunyi ‘krek krek’ yg perlahan. 😀
Tanda2 anda ada angin dalam badan!🙋
✔ Sakit dibahagian kepala, urat ditengkuk menegang menyebabkan gangguan pemikiran dan perasan. murung lesu dan selalu memikirkan perkara negatif. 😅
✔ Darah keluar lebih pekat jika dibekam. Bekas bekam pada badan akan kelihatan gelap. Terutama dibahagian sendi.
✔Akan selalu merasa kebas dan lenguh pada kaki dan tangan, tulang belikat dan pinggang.
✔ Selalu rasa Berdebar-debar pada jantung.
✔ Gangguan pada hormon dan hilang semangat hidup (teruk dah ni! 😧) dan penyakit kejiwaan.
✔ Jangan dibiarkan, sebab boleh menyebabkan migrain tahap serius!
Alhamdulillah, sampai sini dulu mengenai angin, boleh komen dibawah @ Pm sy ya.
MOGA BERMANFAAT! 😘
#Olivehouse
#OliveHousepahang
#Temaperawatohpahang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge