8 Cara Penggunaan Minyak Zaitun Untuk Kecantikan

minyak zaitun & kecantikkan

Minyak zaitun adalah produk yang sangat popular yang digunakan orang sejak dahulu lagi, dan pada masa kini minyak zaitun juga digunakan secara meluas dalam industri kosmetik.

Minyak zaitun sangat kaya dengan vitamin, mineral dan asid lemak semula jadi. Ia sesuai untuk kulit yang sensitif. Minyak zaitun adalah bahan yang hebat sebagai produk anti-penuaan dan penjagaan kulit; kaya dengan antioksidan, ia menghalang penuaan kulit, kemunculan kedutan dan garis-garis halus, ia juga menyuburkan, meremajakan dan melindungi kulit.

Tambahan lagi, minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan A, minyak zaitun membantu memanjangkan tempoh keremajaan (awet muda), menghidrat, mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit. Minyak zaitun juga membantu sel-sel kulit untuk tumbuh semula. Banyak manfaat minyak zaitun yang kita boleh ceritakan. Artikel kali ini Aku Kisah kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk kecantikan?

1. Mandian

mandian-minyak-zaitun

Cara penyediaan adalah hanya tambah 5 sudu besar minyak zaitun ke dalam tab mandi (boleh tambah lagi ikut kesukaan anda). Mudah kan? Ia adalah rahsia kecantikan yang menakjubkan yang boleh menjadikan kulit anda lembut dan sangat licin.

Berikut adalah salah satu cara lagi: Anda boleh mengurut badan anda dengan minyak zaitun sebelum masuk ke dalam tab mandi, selepas mandi lap minyak yang berlebihan di badan anda. Hasilnya kulit jadi lembut dan licin seperti kulit bayi.

2. Pelembab

pelembab-kulit-minyak-zaitun

Minyak zaitun adalah baik untuk hampir semua jenis kulit. Apabila anda menyapu minyak zaitun di kulit anda sebelum tidur pada waktu malam, ia membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit anda dan menghalang ia daripada menjadi kering. Membiarkan kulit anda sedikit lembap selepas mandi dan urut  minyak zaitun ke kulit. Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan E, yang membantu memberikan perlindungan dan kelembapan yang berpanjangan untuk menjadikan kulit licin dan lembut. Digunakan sebagai krim malam atau pelembap setiap hari.

3. Makeup Remover 

tanggal-makeup-minyak-zaitun

Sapukan sedikit minyak zaitun pada kapas muka dan perlahan-lahan lap semua kesan solek dari muka anda. Sekiranya anda mempunyai solekan berat, urut minyak zaitun di muka anda terlebih dahulu kemudian lap dengan kain yang direndam dengan air suam. Ulangi beberapa kali jika perlu dengan lembut. Bilas wajah dengan air suam, kemudian percikan dengan air sejuk; Air sejuk akan membantu merangsang peredaran darah dan menutup liang-liang.

Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai makeup remover di bahagian mata; Ia dengan mudah akan mengeluarkan kesan solek walaupon kalis air.

4. Menguatkan Kuku

rawatan-kuku-minyak-zaitun

Mandian minyak zaitun adalah cara terbaik untuk menguatkan kuku. Hanya diperlukan 5 atau 10 minit. Hanya celupkan kuku anda dengan sedikit minyak zaitun yang suam (ia tidak boleh terlalu panas, hanya suhu bilik). Lakukan rawatan ini sekali atau dua kali seminggu dan nikmati kuku kuat, berkilat dan sihat!

5. Krim Mata

krim-mata-minyak-zaitun

Ya, anda boleh menggunakan minyak zaitun sebagai krim mata. Ia akan menyuburkan kulit lembut di sekeliling mata anda dan melembutkan garis halus. Sapukan sedikit minyak zaitun di bawah mata anda sebelum tidur atau pada waktu pagi. Simpan krim mata minyak zaitun anda di dalam peti sejuk dan nikmati rawatan kecantikan yang menyegarkan.

6. Face Mask (Topeng Muka)

topeng-muka-minyak-zaitun

Campurkan sebiji kuning telur dengan satu sudu minyak zaitun (anda juga boleh menambah 1 sudu teh jus lemon jika ingin memutihkan dan mencerahkan kulit anda kerana jus lemon kaya dengan antioksidan terutamanya vitamin C). Sapukan campuran ini ke muka anda selama 5 -10 minit; Bilas dengan air suam, kemudian air sejuk (air sejuk akan membantu menutup liang-liang). Topeng muka minyak zaitun ini boleh digunakan untuk jenis kulit biasa atau kering, ia akan menyuburkan dan melembutkan kulit anda dan menjadikan kulit lebih bersinar.

7. Rawat Rambut

penjagaan-rambut-minyak-zaitun

Rawatan rambut dengan minyak zaitun adalah cepat dan mudah dibuat; hanya memakan masa 15 minit untuk melakukannya. Campurkan sebiji kuning telur dengan dua sudu minyak zaitun dan satu sudu teh jus lemon. Pastikan campuran ini diratakan pada rambut anda selama kira-kira 15 minit, kemudian syampu rambut anda. Hasilnya, rambut anda akan menjadi lebih berkilau dan lebih lembut.

Berikut adalah satu lagi rawatan rambut minyak zaitun yang akan menjadikan rambut anda lebih lembut dan berkilau: mudah, hanya sapukan sedikit minyak zaitun ke rambut anda, biarkan selama sejam, kemudian syampu rambut anda dengan biasa. Hasilnya, rambut lebih lembut dan bersinar.

8. Minyak Zaitun Dalam Salad

salad-minyak-zaitun

Minyak zaitun akan menambahbaik kulit, rambut dan kuku anda, malah ia akan menyuburkan badan anda dari dalam. Ingat, kecantikan bermula dari dalam!

Minyak zaitun adalah salah satu produk penjagaan kulit semulajadi yang sangat bagus dan perlu di jadikan pilihan oleh anda.

Tahu cara lain menggunakan minyak zaitun untuk kecantikan? Jangan malu-malu untuk berkongsi rahsia kecantikan dan tips anda sendiri di bahagian komen di bawah.

Kekal Cantik & Sihat Dari Dalam!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge