8 Kebaikan buah DELIMA yang perlu anda tahu.

delima-khasiat-kebaikan-kesihatan

 

Buah delima mempunyai banyak kebaikan dan manfaat kepada kesihatan. Disamping itu, apa yang menjadikan ia lebih istimewa ialah buahnya juga lazat. Delima mempunyai ciri-ciri anti-oksida, anti-virus, anti-tumor dan merupakan sumber vitamin yang baik terutamanya vitamin A, vitamin C, vitamin E, serta asid folik. Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada acai berry ataupun teh hijau.

Mesti tertanya-tanya kan apa kebaikan buah Delima? Haa.. hari ini Aku Kisah nak kongsikan info pasal kebaikan buah delima pulak. Buah delima sangat berguna bagi mengekalkan kelancaran dan kesihatan peredaran darah. Sesetengah doktor menyarankan untuk makan buah delima bagi mendapatkan semula kekuatan selepas sakit yang lama.

Delima juga merupakan penawar yang hebat untuk masalah berkaitan jantung, masalah perut, kanser, kondisi gigi, osteoarthritis, anemia dan diabetes. Tambahan lagi, delima juga telah digunakan secara tradisional untuk membersihkan kulit dan mengurangkan keradangan. Jus delima pula boleh digunakan untuk merawat sakit tekak.

Menurut satu kajian delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan pengoksidaan LDL “kolesterol jahat” pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL “kolesterol baik”.

Kebaikan yang hebat daripada buah delima ini kita boleh dapat dan nikmati dengan beberapa cara. Antaranya ialah, kita boleh makan begitu sahaja ataupon kisar buah delima untuk dijadikan jus.

 

Kebaikan Delima Kepada Kesihatan

1) Masalah PERUT

Kulit buah delima, kulit kayu dan daun delima digunakan untuk  meredakan gangguan perut atau cirit-birit yang disebabkan oleh apa-apa jenis masalah penghadaman. Teh yang dibuat dari daun delima jika diminum dapat membantu dalam menyembuhkan masalah pencernaan. Buah delima pula boleh merawat sembelit. Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dengan 1 sudu teh jus buah delima ke dalam satu gelas air.

2) Masalah JANTUNG

Pengambilan jus delima boleh mengekalkan aliran darah yang baik dalam badan kerana delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Disebabkan oleh itu, risiko untuk mendapat serangan jantung dan strok dapat dikurangkan.

3) KANSER

Delima mempunyai kandungan  flavonoids dan polyphenols  yang merupakan antioksidan yang dapat memberikan perlindungan kepada penyakit jantung dan barah. Delima didapati dapat mencegah kanser payu dara. Penyelidik dari Israel menemui bahawa delima membantu mengurangkan sel-sel kanser pada payudara. Kajian lanjut menunjukkan pengambilan delima berpotensi mengurangkan rawatan chemotherapies yang sebenarnya turut mematikan bukan sahaja sel-sel kanser tapi juga sel-sel yang sihat.

4) Penjagaan GIGI

Salah satu kebaikan terbaik daripada buah delima adalah jus delima. Ciri-ciri antibakteria dan antivirus delima membantu untuk mengurangkan kesan plak gigi dan melindungi daripada mendapat pelbagai jenis penyakit mulut.

5) OSTEOARTHRITIS

Delima membantu mengurangkan penyakit daripada pelbagai bentuk, termasuklah atherosclerosis dan osteoarthritis. Kerosakan yang disebabkan oleh penebalan dan pengerasan dinding arteri dan dalam tulang rawan dan sendi boleh diubati dengan memakan buah ini. Juga, buah delima mampu menghalang pembentukan enzim yang bertanggungjawab untuk merosakkan tisu penghubung di dalam badan.

6) ANEMIA

Aliran darah yang sihat dapat dikekalkan dalam badan dengan memakan buah delima dalam apa jua bentuk. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Disebabkan oleh itu, ia dapat meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, lantas membantu mengurangkan gejala anemia termasuk keletihan, pening, lemah, dan kehilangan pendengaran.

7) KENCING MANIS (Diabetes)

Buah delima sangat baik bagi pesakit kencing manis. Kajian mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian mendapat atherosclerosis (pengerasan salur arteries). Dalam Jus Delima, gula bercantum dengan antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.

8) MATI PUCUK (Erectile Dysfunction)

Pengambilan buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat dan merawat masalah mati pucuk. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Urology menyatakan bahawa jus delima sangat membantu dalam menyembuhkan mati pucuk berdasarkan kajian mereka kepada haiwan.

jus-delima-olive house-kebaikan

Buah delima adalah sangat mudah diperolehi di Malaysia kerana cuacanya sesuai untuk ditanam. Jadi, sekiranya ingin mendapatkan kesihatan yang baik dan berpanjangan, silalah masukkan buah delima dalam menu pemakanan harian. Adalah digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima setiap hari bagi mendapat khasiatnya.

 

Banyak kan kebaikan delima? Pastikan mendapat delima yang asli tanpa tambahan bahan-bahan asing yang lain. Anda boleh ke Aafiyat Online kami.

Info sihat boleh juga anda perolehi di facebook Olive House Bangi.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge