6 Cara Untuk Mengurangkan Senggugut / Period Pain

tips-period pain-senggugut

 

Senggugut adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian perkara normal berlaku sebelum atau semasa kitaran haid seorang wanita. Kebanyakan wanita mengalaminya pada sesuatu masa. Wanita yang mengalami senggugut akan berasa seperti kekejangan otot yang menyakitkan di dalam perut, dan kemudiannya boleh merebak ke bahagian belakang dan paha.

Senggugut kadang-kadang datang dalam kekejangan yang kuat, dan pada masa yang lain ia mungkin berkurang tetapi lebih kerap terjadi. Sakit senggugut juga mungkin berbeza-beza setiap bulan. Ada ketika boleh menyebabkan sakit yang sedikit atau tidak selesa sahaja dan ada ketika mungkin jadi lebih menyakitkan. Namun begitu, Awas!!! Senggugut / Period Pain yang luar biasa sakitnya BUKAN SITUASI NORMAL.

Untuk lebih jelas lakukan pemeriksaan dan dapatkan ‘scan’ apa punca sebenar berlakunya situasi sebegini. Antara faktor yang menjurus kepada situasi ini ialah terdapatnya Ketumbuhan (Fibroid/ Cyst) pada organ pembiakan, Endometriosis, Jangkitan Kuman yang menyebabkan keradangan pada bahagian Pelvis (PID), emosi yang sering terganggu dan tidak tenteram, ketidakstabilan hormon juga Risiko pada Organ Buah Pinggang.

Faktor PEMAKANAN yang SIHAT sangat menyumbang kepada bantu rawat dan cegah sakit senggugut. Berikut adalah 6 cara untuk mengurangkan senggugut / period pain melalui pemakanan.

1. Amalkan Minyak Zaitun

minyak zaitun-olive oil-olive house

 

Minyak Zaitun mengandungi banyak khasiat. Antaranya ialah:

  • Hydroxytyrosol dalam minyak zaitun akan meneutralkan tindakan Radikal Bebas yang menjadi punca kepada berlakunya Jangkitan Kuman pada bahagian Pelvis juga yang menyemarakkan lagi Pertumbuhan Cyst, Fibroid, Endometriosis.
  • Oleocanthal sebagai “PAIN KILLER ALAMI’ serta Anti Keradangan akan bantu atasi Keradangan yang berlaku.
  • Omega 3 & 6 sebagai Anti Keradangan dan menstabilkan fungsi hormon yang terganggu.
  • Steroid Organik yang pelbagai juga bertindak sebagai Anti Keradangan.

2. Cuba Ceylon Cinnamon (Kayu Manis)

Ceylon-cinnamon-powder-serbuk-kayu manis

 

Kayu manis adalah rempah popular digunakan di seluruh dunia. Walaupun terdapat pelbagai jenis pokok kayu manis, yang paling biasa digunakan ialah jenis Ceylon dan Cassia. Terdapat tiga bahan kimia aktif dalam kayu manis yang menawarkan kebolehan penyembuhan yang unik iaitu cinnamaldehyde, cinnamlyl alkohol dan cinnamyl asetat.

Gejala sakit senggugut mungkin boleh susut dengan menggunakan kayu manis. Kayu manis mempunyai anti pembekuan dan juga ciri-ciri anti radang yang boleh membuat wanita lebih selesa walaupun dalam tempoh kitaran haid.

3. Makan Sayuran Hijau

 

green vegetables-sayur hijau-sihat

Wanita kehilangan kira-kira 30-80ml darah dan 15-25ml Iron (Zat Besi) setiap kali haid, jadi adalah penting untuk menambah Iron yang hilang dengan makanan yang tinggi kandungan Iron. Tetapi jangan berlebihan kerana boleh menyebabkan kembung. Antara sayur yang boleh diambil adalah seperti:

  • Sayur Parsley mengandungi apiol, sebatian yang telah terbukti amat berkesan untuk merangsang proses haid dan melegakan senggugut.
  • Sayur Bayam mengandungi jumlah nutrient yang cukup seperti Vitamin E, Vitamin B6, dan Magnesium, yang berupaya untuk melawan senggugut.

4. Makan Buah-Buahan

 

sayur-buah-makanan-sihat

Semasa haid buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang sangat perlu dimakan. Antara buah yang boleh diambil semasa haid adalah seperti:

  • Pisang- membantu mengawal usus , terutamanya bagi wanita yang mengalami cirit-birit semasa haid. Pisang juga terkenal dalam membantu melegakan kekejangan, kandungan kalium dalam pisang mengurangkan pengekalan air dan kembung.
  • Nenas- membantu memerangi kekejangan kerana ia mengandungi bromelain, enzim yang dipercayai untuk membantu rehatkan otot. Walau bagaimanapun, bromelain terletak di bahagian batang nenas bukan dibahagian isinya.

5. Cuba Sari Cuka Teen

figvinegar-sari cuka teen-khasiat

 

  • Asid Asetik Organik sebagai Anti Keradangan dan neutralkan medium berasdi yang menggalakkan lagi berlakunya sebarang ketumbuhan.
  • Mangan dan Tryptophan akan beri ketenangan emosi yang terganggu.

6. Minum Jus / Pati Delima

 

jus delima-olive house-khasiat

Buah Delima mempunyai Antioksida dan Anti Keradangan yang pelbagai yang akan membantu melegakan sakit senggugut. Juga mengandungi Tryptophan dan Histidine iaitu dari Kumpulan Asid Amino Perlu yang akan stabilkan fungsi hormon dan emosi yang terjejas.

Amalkan pemakanan yang SIHAT dengan kurang / elakkan Makanan Berproses, Berpeluntur serta kurangkan pengambilan menu jenis BERDAGING dalam Pemakanan Harian. Lebihkan Sumber IKAN. Sebagai tambahan sangat dicadangkan untuk Berbekam & Akupuntur bagi merawat senggugut.

Titik akupuntur tertentu dianggap untuk mengawal aliran darah melalui rongga abdomen dan merehatkan sistem saraf, yang boleh membantu menenangkan otot yang kejang. Selain melegakan kesakitan, jangan terkejut jika perubahan ini juga membawa kepada penghadaman yang lebih baik, tidur yang lebih baik, dan mood yang stabil.

Pesanan, perlu diingat sekali lagi bahawa senggugut yang luar biasa sakitnya bukanlah situasi normal. Jangan lupa dapatkan pemeriksaaan dan rundingan jika senggugut anda sudah tidak terkawal. Semoga anda menikmati kitaran haid yang licin!

 

quranic food-olive house

 

Dapatkan perkembangan cara hidup sihat  di facebook page: Olive House Bangi 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge