5 Tips Mudah Detox Harian Anda

tips-detox-sihat-mudah

Toksin berada dalam udara yang kita sedut, makanan yang kita makan, ubat-ubatan yang kita ambil dan air yang kita minum. Detoksifikasi adalah cara tubuh untuk metabolisme dan membuang toksin. Ia adalah satu proses badan secara semula jadi, berlaku dengan sendirinya.

Apabila toksin terkumpul di dalam badan, kita boleh dapat penyakit.

Untuk kesihatan yang baik, ia adalah penting untuk meningkatkan keupayaan badan kita untuk detox, dan pada masa yang sama meminimumkan pendedahan kepada toksin.

Semakin banyak kita terdedah kepada toksin, semakin sukar badan bekerja untuk menghapuskan toksin.

Walaupun adalah mustahil untuk menghapuskan pendedahan daripada  semua toksin, kita boleh mengurangkan pendedahan kepada toksin dan meningkatkan kecekapan dan keupayaan badan untuk menyingkirkan toksin.

Berikut adalah 5 Tips mudah detox harian anda:

1. Bersenam

bersenam-sihat

Mengeluarkan peluh adalah cara yang baik untuk membersihkan kulit dan tisu lembut daripada toksik. Pastikan tubuh mengeluarkan peluh sekerap yang mungkin sama ada melalui aktiviti senaman atau membersihkan halaman rumah. Jika tahap kesihatan tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti berat anda bolehlah pergi ke sauna untuk keluarkan peluh.

2. Menjaga Pemakanan

jaga-pemakanan

Makanan yang diproses dan dibungkus sarat dengan pewarna, perasa dan pengawet yang boleh memberi kesan negatif kepada tubuh badan. Pastikan makanan yang diambil adalah bebas bahan antibiotik, vaksin, hormon, steroid bagi mempercepat pertumbuhan haiwan ternakan seperti ayam daging, ikan bela (keli, tilapia, patin), lembu. Produk tenusu jugak tidak terkecuali dari mengandungi bahan-bahan tersebut. Kalau boleh makanlah dari sumber organik bagi mengurangkan risiko terdedah kepada bahan yang tak diingini tubuh.

3. Tingkatkan Detox Badan

jus-detox-herba

Detox adalah satu proses menyingkirkan dan menahan diri dari bahan-bahan toksik atau tidak sihat. Detox juga dapat memberikan sistem pencernaan kita rehat. Makanan juga akan lebih mudah dihadam jika kita buat detox. Kurangkan pengambilan makanan protein, lemak dan bijirin, tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.  Anda juga boleh lakukan sendiri jus detox dirumah. Berikut adalah resepi air detox:

Resepi Air Detox (untuk 4 orang)

👉🏻Bancuhan Air Teh O setengah jug disejukkan/suhu bilik
👉🏻2 biji Buah Orange (direndam dengan air garam dan dibilas dengan air bersih) di blend
👉🏻Daun Pudina yg di racik2 setengah mangkuk
👉🏻Sari Cuka Teen 4 – 5 sudu
👉🏻Madu/ Stevia

Cara-caranya:

📌Orange yang diblend dicampur ke dalam bancuhan Air Teh O.

📌Masukkan daun pudina yang diracik2 dan kacau bancuhan tadi.

📌Campurkan Madu atau Stevia.

📌Nak lagi merecekkkk..boh ais..

Hasil bila minum air detox ini kita akan kencing lebih lawas, mudah buang air besar, memberi tenaga dan badan jadi lebih segar.

4. Mengambil Probiotik Setiap Hari

yoghurt-probiotik

Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam makanan seperti yogurt, kimchi, tempe atau makanan tambahan lain dalam bentuk cecair, serbuk atau kapsul. Bakteria baik ini membantu mengurangkan keradangan dan mencegah jangkitan dan memastikan seluruh sistem badan berada dalam keadaan seimbang supaya boleh detox dengan lebih cekap. Ia juga boleh meningkatkan imuniti badan.

5. Beralih kepada herba dan ubat semula jadi

herba-kunyit

Menggabungkan kayu manis,kunyit dan cili ke dalam masakan anda untuk manfaat anti-radang. Cuba buat smoothie atau air herba anda sendiri (menggabungkan jus lemon, air panas atau sejuk, cili merah atau kunyit, halia parut dan sedikit madu). Kunyit dan cili merah juga antara tonik yang bagus.

Akhir sekali, sayangilah diri anda. Tekanan akan meningkatkan tahap insulin dan kortisol (terkenal untuk menggalakkan pengumpulan lemak perut) dan menyebabkan keradangan kronik. Jadi kurangkanlah tekanan dalam diri dan rilek kan diri anda. Diharapnya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge