5 Tips Kanser Paru-Paru Yang Anda Perlu Ambil Tahu

tips-lung-cancer

 

Entri kali ini Aku Kisah nak kongsi 5 tips kanser paru-paru yang anda perlu ambil tahu. Kanser paru-paru adalah pertumbuhan tidak terkawal sel-sel yang tidak normal dalam satu atau kedua-dua paru-paru. Sel-sel yang tidak normal ini tidak berfungsi seperti sel paru-paru yang normal dan tidak membina tisu paru-paru yang sihat. Apabila mereka membesar, sel-sel yang tidak normal boleh membentuk kanser dan mengganggu fungsi paru-paru, yang membekalkan oksigen kepada badan melalui darah.

Untuk pengetahuan anda, kanser paru-paru adalah kanser kedua yang paling biasa dalam kalangan lelaki dan wanita. Setiap tahun, bilangan orang mati disebabkan oleh kanser paru-paru adalah lebih ramai berbanding kanser kolon, kanser payudara dan kanser prostat.

Beberapa faktor risiko untuk mendapat kanser boleh dielakkan tetapi ada yang tidak dapat. Sebagai contoh, merokok dan mewarisi gen tertentu adalah faktor risiko bagi sesetengah jenis kanser, tetapi hanya merokok dapat dielakkan. Selain itu, senaman dan diet yang sihat pula boleh menjadi faktor pelindung bagi sesetengah jenis kanser. Mengelakkan dan meningkatkan perlindungan diri dari risiko mendapat penyakit kanser  boleh mengurangkan risiko anda tetapi ianya tidak menjamin bahawa anda tidak akan mendapat kanser.

Berikut adalah 5 tips kanser paru-paru yang perlu anda ambil tahu:

1. Jangan Merokok

merokok-kanser paru-paru

 

Merokok merupakan punca utama kanser paru-paru, 80 hingga 90 peratus daripada kanser paru-paru adalah disebabkan olehnya. Tidak pernah terlambat untuk berhenti merokok. Bagi mereka yang telah disahkan menghidap kanser paru-paru, berhenti merokok boleh meningkatkan jangka hayat.

Malangnya, risiko untuk mendapat kanser paru-paru tidak kembali ke normal selepas seseorang berhenti merokok kerana kanser paru-paru lebih biasa di kalangan bekas perokok berbanding perokok semasa. Disebabkan oleh itu, apabila sudah berhenti merokok pastikan anda mendapatkan pemeriksaan lanjutan bagi mengelakkan kemungkinan risiko kanser.

2. Elak Jadi Perokok Pasif ( Secondhand smoker)

baby-anak-perokok pasif-kanser

Perokok pasif adalah orang yang tidak merokok secara langsung namun telah menghirup asap rokok dari orang sekitarnya yang merokok sama ada dirumah atau di mana-mana sahaja. Walaupon tidak secara langsung merokok, perokok pasif juga mendapat kesan dan akibatnya.

Kanak-kanak adalah sangat berisiko untuk kesan asap rokok kerana badan mereka sedang berkembang dan mereka bernafas pada kadar yang lebih cepat daripada orang dewasa.

Antara kesan pendedahan asap rokok pada kanak-kanak:

  • sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)
  • Lebih banyak jangkitan pernafasan (seperti bronkitis dan radang paru-paru)
  • serangan asma yang lebih teruk dan kerap
  • batuk yang kronik
  • jangkitan telinga

Merokok semasa mengandung pula sangat berbahaya kepada perkembangan bayi. Hal ini kerana berkaitan dengan kepada kelahiran pra-matang, lahir kurang berat, SIDS, keupayaan mental terhad dan masalah dengan pembelajaran. Semakin banyak rokok yang dihisap oleh ibu mengandung semakin banyak bahaya kepada bayinya.

Elakkan diri dari menjadi perokok pasif serta nasihat orang sekeliling anda untuk berhenti merokok. Rumah adalah tempat yang paling penting dan perlu bebas daripada asap rokok, terutamanya jika ada kanak-kanak. Mengambil langkah menjauhkan kanak-kanak dari asap rokok boleh membantu mengurangkan peluang mereka untuk mempunyai jangkitan pernafasan, asma yang teruk, kanser dan penyakit serius yang lain lagi.

3. Senaman Untuk Pencegahan Kanser Paru-paru

senaman-sihat

Walaupun bersenam dalam jumlah yang sederhana ianya boleh membantu dalam pencegahan kanser paru-paru. Kajian menunjukkan bahawa walaupun melakukan sesuatu yang mudah seperti berkebun dua kali seminggu, risiko untuk mendapat kanser paru-paru adalah lebih rendah.

4. Periksa Kadar Radon Di Rumah Anda

radon-bahaya-kanser

Untuk bukan perokok, memeriksa kadar radon di rumah adalah perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk mencegah kanser paru-paru. Radon adalah punca utama kanser paru-paru pada bukan perokok, dan punca kedua kanser paru-paru secara keseluruhan.

Radon adalah gas tanpa bau yang terhasil daripada pereputan uranium semula jadi di dalam tanah di bawah rumah kita. Satu-satunya cara untuk mengetahui jika anda mempunyai risiko adalah untuk menguji kadar radon di rumah anda.

5. Makan Secara Sihat

sayur-buah-sihat

Pemakanan juga boleh memberi kesan risiko kanser. Sesetengah makanan yang berasid, diproses, dipanggang dan berminyak boleh meningkatkan risiko mendapat kanser. Jenis-jenis makanan ini boleh ‘feed’ sel kanser. Selain itu, kurangkan makanan berdaging kerana makanan berdaging yang mengandungi protein tinggi dapat merangsang lagi pertumbuhan sel kanser.

Buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang tinggi serat, boleh diambil kerana dapat mengurangkan risiko kanser. Cuba untuk memilih pelbagai jenis warna buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ada kajian mengatakan kepelbagaian jenis warna adalah lebih berkesan dari jumlah kuantiti yang diambil. Contohnya, ambil campuran sayur-sayuran gelap seperti bayam dan brokoli, bawang putih, epal dan tomato merah, dan jus oren.

Tambahan lagi, Quranic Food juga dapat membantu rawat kanser paru-paru. Klik link—-> QURANIC FOOD MERAWAT KANSER PARU-PARU untuk tahu info lebih lanjut.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge